Teluk Intan, Perak menjadi tuan rumah pertama bengkel mini Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF) Mobile workshop dalam pendidikan STEM

April 2, 2016by Admin

Teluk Intan, Perak, 2 April 2016 – Bengkel Mini Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF Mobile Workshop) memeriahkan suasana pembelajaran di dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik (STEM) di Teluk Intan. Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dan SMK Seri Perak menjadi tuan rumah kepada program mini KLESF yang julungkali bagi negeri Perak dan Malaysia. Bengkel selama dua hari ini merupakan anjuran bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Petrosains, Innopeak, Universiti Teknologi MARA (UITM), Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut terlibat sebagai content providers untuk bengkel tersebut.

Bengkel yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan ahli Parlimen Teluk Intan, Perak disertai 16 buah sekolah di Hilir Perak. Seramai kira-kira 1000 pelajar terlibat dalam 40 bengkel pelbagai acara STEM seperti Bengkel Quadcopter, simulator penerbangan, pembinaan jambatan dan lain-lain.

Datuk Seri Mah menyahut baik penganjuran program ini dan menganggapnya sebagai pelaburan yang amat bermakna untuk penduduk tempatan lebih-lebih lagi apabila ianya diadakan di kawasan luar dari ibu kota. Menurutnya “Transformasi sains merupakan strategi game-changer dalam menjana kekayaan baru dan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk masa depan”. Gambaran besarnya ialah untuk mencipta pelbagai peluang ekonomi yang berpaksikan sains dan teknologi.

Bengkel mini ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif di bawah KLESF:The Fair, salah satu program di bawah cabang Pendidikan STEM di dalam program Science to Action (S2A). S2A dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri untuk mengarus perdanakan sains dan teknologi (S&T) di Malaysia. KLESF: The Fair yang ketiga merupakan platform terbesar yang mengumpulkan para pengiat sains di bawah satu bumbung akan di adakan pada 4-6 November 2016 di Kuala Lumpur.

Bengkel Mini KLESF ini merupakan salah satu usaha perkongsian kerajaan dan swasta yang melibatkan kerajaan pusat dan negeri serta pihak industri dan akademik bagi menaik taraf penguasaan sains dan memperkasakan sains dan teknologi di negara kita terutama di kalangan murid-murid luar bandar.

Sementara itu, Datuk Ir Hong Lee Pee, Presiden, ASEAN Academy of Engineering and Technology (AAET) yang juga merupakan Pengerusi Bersama KLESF menekankan bahawa STEM perlu diperluas melangkaui sekolah. “Kita tidak seharusnya mengharapkan Kerajaan semata-mata didalam usaha transformasi ini. Penglibatan ibubapa, pihak swasta dan komuniti amat perlu untuk menyokong ekosistem pengajaran dan pembelajaran STEM dan inilah yang membangkitkan keinginan kami untuk penganjuran bengkel mini ini”.

Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT serta Pengerusi Bersama KLESF menambah, penganjuran bengkel mini ini bertujuan membawa dan mempromosi pendidikan STEM secara lebih seronok (science is fun) di enam wilayah utama negara. Antara sebab utama bengkel ini diadakan di peringkat negeri dan daerah adalah untuk memupuk minat para pelajar terhadap STEM. Adalah diharapkan program seperti ini akan meningkatkan pencapaian murid menengah rendah secara keseluruhan dalam Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme in International Student Assessment (PISA), selari dengan hasrat negara untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk masa hadapan. Inisiatif ini adalah penting untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan, menjana produktiviti buruh dan sekaligus menarik pelaburan ke Malaysia dan usaha ini mestilah dimulakan di peringkat sekolah.

Admin

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
Despite the uncertainties due to the COVID-19 pandemic. The marvels of technology enable us to be digitally connected

Copyright © 2020 Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.