Taiping dipilih projek rintis Bandar Mesra Usia

January 30, 2021by Admin
https://www.might.org.my/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Image-2021-01-29-at-22.58.59.jpeg

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal menambah jumlah lebih banyak bandar mesra kepada golongan warga emas pada masa hadapan apabila tujuh peratus rakyat negara sekarang terdiri dalam kalangan penduduk berusia 65 tahun ke atas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT), Datuk Dr.  Mohd Yusoff Sulaiman, peratusan itu dijangka meningkat dua kali ganda kepada 14 peratus pada  tahun 2044 dan pada tahun 2056 meningkat kepada 20 peratus.

“Pada masa ini, Taiping di Perak telah dipilih sebagai bandar pertama di Malaysia bagi menjayakan projek rintis Taiping Bandar Mesra Usia atau Age-Friendly City@Taiping dengan suntikan dana daripada Tabung Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) sebanyak RM1.1 juta bagi pembangunan fasa pertama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikia  sempena Persidangan Bandar Mesra Warga Emas 2021, baru-baru ini.

Persidangan dalam talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19 itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Majlis anjuran Kumpulan Confexhub itu turut dihadiri pengerusinya, Datuk Dr Abdul Aziz S A Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aged Care, Dr Carol Yip. MIGHT dan Aged Care adalah penganjur bersama.

WhatsApp-Image-2021-01-29-at-22
uraida Kamaruddin ketika melancarkan Persidangan Bandar Mesra Warga Emas 2021 secara dalam talian di Kuala Lumpur baru baru ini.

Mohd. Yusoff menambah, projek Bandar Mesra Warga Emas turut disokong pemaju swasta. Antara yang telah dilancarkan ialah Bandar Eco Sanctuary, Kota Kemuning, Shah Alam. Ia adalah kerjasama antara EcoWorld dan Kumpulan Aged Care manakala projek Suntrack’s Tuai Residences dan Gems Residences oleh IOI Properties.

“Peningkatan populasi penduduk lanjut usia berlaku di seluruh dunia dan dianggarkan pada tahun 2050, lebih daripada 22 peratus populasi manusia melebihi usia 60 tahun.

“Fenomena ini disebut sebagai ‘tsunami perak’, 80 peratus daripada mereka dijangka tinggal di bandar-bandar di negara-negara membangun. Mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penuaan penduduk tidak pernah terjadi sebelum ini. Ia suatu proses yang tidak selari dalam sejarah kemanusiaan.

“Usaha mewujudkan bandar dan komuniti yang lebih mesra kepada warga emas, ia berita yang menggembirakan,” katanya.

Justeru Mohd. Yusoff, inisiatif diterajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kerajaan Negeri bagi mewujudkan bandar mesra warga emas akan meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat.

“Terdapat lapan domain yang mendasari kewujudan Bandar Mesra Usia yang merangkumi aspek , perumahan, pengangkutan, penyertaan sosial, penyertaan sivik dan pekerjaan, komunikasi dan maklumat, sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan, ruang luar dan bangunan,

“Pembangunan perbandaran mesra warga emas perlu mengambil kira ruang sekeliling yang menyenangkan dengan laluan pejalan kaki bebas halangan, lebih kesat dan lebar untuk kemudahan kerusi roda,” ujarnya.

Tambahnya lagi, antara kriteria bandar mesra usia turut menekankan kos pengangkutan awam yang konsisten, jelas dan berpatutan serta mempunyai kemudahan khas untuk orang kurang upaya.   Kawasan perumahan dan kejiranan yang berhampiran dengan kemudahan perkhidmatan juga dititikberatkan.

Gerakan untuk membangunkan bandar mesra warga emas sangat menggalakkan, yang mana hingga kini sudah ada 830 bandar dan komuniti di 41 negara yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sokongan ini berlaku di seluruh dunia termasuk di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat, Eropah termasuk Rusia, Jerman, Itali, Istanbul juga di Jepun, China dan India. – MalaysiaGazette

Admin

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
Despite the uncertainties due to the COVID-19 pandemic. The marvels of technology enable us to be digitally connected

Copyright © 2021 Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.