PM gesa semua pihak teroka teknologi pengurusan sisa pepejal

December 18, 2018by Admin
https://www.might.org.my/wp-content/uploads/2018/12/61545026815_mahathirmohamad.jpg

CYBERJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua pihak termasuk pemain industri agar meneroka teknologi pengurusan sisa pepejal.

Jelasnya, meskipun kemajuan teknologi begitu pesat namun masalah sisa pepejal menjadi isu yang semakin membimbangkan.

“Ke mana kita nak buang sisa pepejal ini? Kita perlu beri perhatian berkenaan teknologi pengurusan sisa pepejal, sekali gus kita boleh kitar semula sisa pepejal terbabit.

“Contoh seperti sisa makanan, jika kita kitar semula boleh beri manfaat kepada manusia. Sekarang sisa pepejal teknologi seperti peti sejuk dan telefon bimbit menjadi masalah apabila peralatan ini tidak boleh hilang begitu sahaja.

“Jadi kita perlu beri perhatian berkenaan teknologi ini,” ujar beliau.

Tambah Perdana Menteri, jika tidak diurus dengan baik, sisa pepejal akan membahayakan ekosistem dunia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Dialog bersama Pemain Industri Teknologi Tinggi anjuran Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) di Cyberjaya.

 

Source: Astro Awani

Admin

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
Despite the uncertainties due to the COVID-19 pandemic. The marvels of technology enable us to be digitally connected

Copyright © 2021 Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.