Najib Kagum Penglibatan Jurutera Muda Berbilang Kaum Dalam Projek MRT

November 20, 2015by Admin

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau kagum dengan penglibatan begitu ramai jurutera muda Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang dalam projek Transit Aliran Massa (MRT).

Beliau berkata pengetahuan dan pengalaman yang ditimba dalam bidang itu sangat berharga dan amat diperlukan di masa hadapan bukan sahaja untuk negara malah pembangunan kerjaya mereka sendiri.

“Setiap kali saya melawat tapak pembinaan MRT, saya sentiasa kagum melihat begitu ramai jurutera muda Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang terlibat dalam projek berprofil tinggi ini.

“Saya bangga melihat anak-anak muda Malaysia dalam projek MRT ini kerana bukan sahaja mereka dapat belajar daripada para jurutera yang lebih berpengalaman bahkan diberi peluang untuk menjadi pengurus-pengurus projek walaupun umur mereka masih dalam lingkungan 20 ke 30-an,” katanya dalam entri terbaharu di blog NajibRazak.com pada Jumaat.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata projek itu bukan sahaja penambahan kepada infrastruktur pengangkutan awam di negara ini, bahkan telah membawa masuk teknologi kejuruteraan canggih ke Malaysia.

“Begitu juga dengan projek-projek lain yang memerlukan teknologi kejuruteraan canggih seperti projek Pengerang, Jambatan Pulau Pinang Kedua, projek Menara KL118, Keretapi Berkelajuan Tinggi,” katanya.

Katanya projek-projek berteknologi tinggi itu mampu melahirkan bakat-bakat yang mampu memacu pembangunan negara masa kini dan masa hadapan.

Pada 11 Nov lepas, semasa melawat depot tren MRT di Sungai Buloh dekat sini, Najib dilaporkan berkata yakin jajaran pertama projek itu dapat beroperasi menjelang akhir tahun depan seperti yang dijadualkan.

Menurut Najib, MRT kini memiliki 19 buah tren dan akan menerima 35 buah tren lagi menjelang pertengahan tahun depan.

— BERNAMA‚Äč

Admin

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
Despite the uncertainties due to the COVID-19 pandemic. The marvels of technology enable us to be digitally connected

Copyright © 2020 Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.