MIGHT Portal

MIGHT Portal

an Agency under the Prime Minister's Department

+60 3 8315 7888
Email: info@might.org.my

Malaysian Industry-Government Group for High Technology
MIGHT Partneship Hub, Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

Open in Google Maps
QUESTIONS? CALL: +60 3 8315 7888
  • HOME
  • WHO WE ARE
    • OVERVIEW
    • THE MANAGEMENT
    • Our Forte
  • FOCUS AREAS
    • FORESIGHT & FUTURES THINKING
      • myFORESIGHT
    • ACADEMY
      • NEWTON-UNGKU OMAR FUND
    • SPECIAL PROJECTS
      • SUSTAINABLE & SMART CITIES
      • BLOCKCHAIN
    • FAMELAB MALAYSIA
  • PARTNERSHIP
  • MEDIA ROOM
    • POSTS & VIEWS
    • NEWSPAPER CLIPPINGS
    • EVENTS CALENDAR
    • VIDEO GALLERIES
    • PUBLICATIONS
  • CONTACTS
  • Home
  • BLOG & STORIES
  • News
  • MIGHT-Bombardier kerjasama bangunkan kepakaran industri rel
December 11, 2019

MIGHT-Bombardier kerjasama bangunkan kepakaran industri rel

Admin
Thursday, 20 September 2018 / Published in News

MIGHT-Bombardier kerjasama bangunkan kepakaran industri rel

BERLIN: Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Bombardier Transportation semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan kepakaran dalam industri rel di Malaysia.

Kerjasama bersama MIGHT, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk membangunkan industri teknologi tinggi, akan menyokong perusahaan kecil dan sederhana dari sektor pembuatan dan penyelenggaraan, pembaikan dan operasi untuk meningkatkan kemahiran teknikal industri rel.

Di Malaysia, Bombardier sudah bergiat aktif melaksanakan program siswazah sejak dua tahun lalu dengan beberapa universiti untuk menyediakan bakat muda, serta mengembangkan keupayaan mereka dalam industri rel.

Menandatangani MoU itu, Bombordier Transportation diwakili Ketua Asia Tenggara, Parasuraman Jayaram Naidu manakala MIGHT diwakili presiden merangkap ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman sambil disaksikan Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Sarah Al Bakri Devadason dan Konsulat Jeneral Malaysia & Pengarah Serantau, Jerman & Benelux, Encik Yusri Hasnan Chu.

Mengulas MoU itu, Mohd Yusoff berkata, MIGHT sangat menghargai pembabitan aktif Bombardier dalam pembangunan keupayaan dan

kemampuan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

“MIGHT sudah membangunkan Rangka Tindakan Pembangunan Industri Rel pada tahun 2012 melalui satu persetujuan bersama antara Industri-Kerajaan mengenai hala tuju masa depan bagi industri rel tempatan, yang memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan untuk pemain tempatan, pembangunan modal insan serta penyelidikan dan teknologi.

“MIGHT juga menghargai usaha oleh SME Corporation, sebagai dana untuk Projek Impak Tinggi bagi sektor rel dan Perbadanan Industri Rel Malaysia (MARIC) untuk mempromosikan program ini dalam kalangan anggotanya,” katanya.

Jayaram Naidu berkata, Bombardier komited untuk membangunkan kepakaran tempatan dalam industri rel dan melabur dalam komuniti di mana syarikat beroperasi.

“Dengan beberapa tonggak kerjasama yang penting di Thailand, Singapura dan Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan sejak empat tahun kebelakangan ini, kami percaya inisiatif ini akan memacu produktiviti, meningkatkan prestasi dan meningkatkan daya saing – akhirnya meningkatkan prestasi industri rel serantau dan global,” katanya.

Kehadiran Bombardier di Malaysia bermula pada tahun 1992 sebagai pembekal utama untuk laluan rel 27-kilometer Kuala Lumpur Sri Petaling dan Ampang.

Sejak itu, sistem transit Bombardier telah dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan laluan 29-kilometer Kelana Jaya LRT, yang menghubungkan pinggir barat dan timur dengan pusat bandar Kuala Lumpur ketika Sukan Komanwel tahun 1998.

Pada tahun 2017, rangkaian LRT Kelana Jaya menjadi laluan tersibuk di bandar, bergerak membawa hingga 255,000 penumpang setiap hari dengan permintaan penumpang dijangka semakin meningkat.

Di samping menyokong pertambahan pengguna yang semakin meningkat, Bombardier juga menambah nilai kepada kitaran hidup armada rel dengan membaik-pulih rel asal di negara ini.

MIGHT ialah sebuah Syarikat Berhad dengan Jaminan dan bukan berasaskan keuntungan, di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

MIGHT memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan mapan perniagaan berasaskan teknologi tinggi di negara ini menerusi peranannya sebagai badan pemikir, mempromosi kerjasama sektor awam-swasta serta sebagai platform untuk membangunkan perniagaan kepada usahawan-usahawan di Malaysia.

Sumber: Berita Harian

What you can read next

Govt to support doc’s efforts in tuberculosis research
Malaysia perlu hasilkan ciptaan baharu yang jana kekayaan
MIGHT hosts a study visit by delegation from ISTIC-KISTEP S&T Innovation Training Program for High Level Policy Makers @ DreamEDGE

Upcoming Events

Wed 18

KL Summit 2019

December 18 @ 8:00 am - December 21 @ 5:00 pm
Malaysia
Mar 24

Smart Nation 2020 Expo

March 24, 2020 @ 8:00 am - March 26, 2020 @ 5:00 pm
Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Malaysia

View More…

Publication by Categories

85NMIF 5Annual Report 7myForesight 17Others 6Presentations 8Smart Energy 4Smart Factory 5Smart Mobility 17Talk Series

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

GET IN TOUCH
PRIME MINISTER’S DEPARTMENT
MIGHT PARTNERSHIP HUB,
JALAN IMPACT,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR,
MALAYSIA

Open in Google Maps

Recent Posts

  • Rejuvenating Malaysia’s High-Tech Export

  • Green Energy Programme (GEP) towards a sustainability driven nation

  • Pelaburan RM20 juta melalui proses yang sah

QUICK LINKS
Jabatan Perdana Menteri
myGov
myForesight
VentureTech
Digital Malaysia
Webmail

  • GET SOCIAL
MIGHT Portal

© Copyright 2019, All Rights Reserved Malaysian Industry-Government Group for High Technology

TOP