Kerjasama kerajaan, penggiat penting bagi lonjak kemajuan industri rel — Wee

December 3, 2021by Admin
https://www.might.org.my/wp-content/uploads/2021/12/railted.png

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Kerajaan dan penggiat industri rel perlu bekerjasama di bawah semangat Keluarga Malaysia bagi melonjakkan kemajuan sektor tersebut,
kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan usaha kolaboratif yang terjalin antara Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC), Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi
Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) sebagai amat wajar dengan sinerginya turut menggalakkan penggiat industri rel mendalami
aspek teknologi berkaitan.

“Langkah meningkatkan aspek penyetempatan akan membolehkan pembangunan teknologi domestik dan penerimagunaan selain dapat memenuhi matlamat
pembangunan mampan.

“Ini juga dapat memastikan pekerjaan bernilai tinggi dapat diwujudkan selain mempercepat pembangunan bakat,” katanya pada Simposium Teknologi dan
Pembangunan Rel 2021 (RAIL TED 2021) di sini, hari ini.

Ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Datuk Henry Sum Agong.

Menurut Wee, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) misalnya turut memberi tumpuan ke atas usaha menyiapkan sistem berkaitan kesalinghubungan terbabit.

Berikutan itu, beliau berkata industri rel perlu wujud dan bergerak seiringan dengan kaedah pengangkutan lain bagi memastikan ekosistem yang mampan serta
kelancaran perjalanan yang berteraskan tumpuan pemerkasaan tempatan.

Sementara itu, Presiden MARIC Datuk Mohd Yusoff Sulaiman berkata pihaknya telah berjaya merealisasikan projek bernilai RM4.8 bilion selain turut melibatkan
eksport ke Amerika Selatan, India, Vietnam dan Indonesia bagi tempoh 2017 hingga 2019.

“Bagi kemajuan masa depan, MARIC bersedia memperluas peranan itu serta menjangkau penggiat industri rel domestik menerusi inisiatif sektor awam yang
strategik.

“Ini membolehkan kita secara kolektif membangunkan sistem pengangkutan bertaraf dunia di Malaysia dan menawarkan perluasan eksport sistem rel yang
menyeluruh ke pasaran baharu global,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden UTAR Ir Prof Ewe Hong berharap program tersebut serta dinamisme industri rel akan menjadi pemangkin bagi mencetuskan minat belia
mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan rel atau teknologi berkaitan.

Acara RAIL TED 2021 yang merupakan pameran dan persidangan tahunan, kali ini mengetengahkan tema ‘Memacu Daya Saing Rel Awam Bandar Bersepadu,
Berpatutan, Diyakini dan Lancar untuk Mobiliti Lengkap.’

Simposium itu dianjurkan bersama oleh MARIC, MIGHT dan UTAR dengan sokongan daripada Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE).

— BERNAMA

More extra updates: xvideosxnxx.org, porno, xxnx, porn hd, porno

Admin

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
Despite the uncertainties due to the COVID-19 pandemic. The marvels of technology enable us to be digitally connected

Copyright © Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.