Enam pusat data kerajaan rangkul Anugerah Pengkomputeran Hijau

December 13, 2021by Admin
https://www.might.org.my/wp-content/uploads/2021/12/GCI.png

CYBERJAYA, 13 Dis — Enam pusat data agensi kerajaan merangkul Anugerah Pengkomputeran Hijau 2021 (GCA 2021), yang secara kolektifnya telah menjimatkan kos elektrik kerajaan sebanyak RM4.1 juta setahun, serta mengurangkan jejak karbon sebanyak 6,751 tan metrik setahun.

GCA 2021 yang merupakan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), diadakan julung kali bagi mengiktiraf agensi kerajaan yang komited terhadap inisiatif pengkomputeran hijau dan bakal menjadi acara tahunan.

“Inisiatif pengkomputeran hijau membolehkan pengurangan kos tenaga sebanyak 60 peratus dan mengurangkan jejak karbon,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba ketika berucap merasmikan GCA 2021 di sini hari ini.

Perkomputeran hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem untuk memelihara alam sekitar dan semula jadi sekali gus mengurangkan implikasi negatif kepada manusia.

Anugerah Sistem Elektrikal Terbaik dimenangi Jabatan Kerja Raya; Kawalan Alam Sekitar Terbaik diraih Majlis Bandaraya Petaling Jaya; Kawal Selia dan Pelaporan Terbaik dimenangi Jabatan Ukur dan Pemetaan; dan Kebolehskalaan dan Daya Tahan Terbaik dimenangi Jabatan Peguam Negara.

Jabatan Pendaftaran Negara merangkul dua anugerah iaitu Pengurusan Terbaik dan Anugerah Advokasi Industri manakala Jabatan Perkhidmatan Awam juga meraih dua anugerah iaitu Kejuruteraan Sistem Terbaik dan Anugerah Terbaik daripada Terbaik.

Kesemua kategori merangkumi pengiktirafan dari segi keupayaan pasukan pengurusan pusat data hijau, pencapaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pelayan (server), rangkaian dan sistem perisian serta usaha menggalakkan kemampanan teknologi.

Dr Adham berkata pemenang dinilai berdasarkan laporan audit yang disediakan setiap dua tahun oleh agensi berkaitan dan dinilai oleh para juri yang terdiri daripada ahli profesional industri dan ahli akademik dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Beliau berkata GCA 2022 akan memperkenalkan kategori baharu dan penglibatan industri swasta.

Terdahulu, Dr Adham merasmikan Pusat Data Hijau Edgibility Cyberjaya 1 (ECJ1) yang terletak di bangunan MIGHT, pusat berkenaan menampilkan teknologi menenggelamkan semua pelayan dalam bahan penyejuk dalam usaha memenuhi keperluan kawalan suhu dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

“ECJ1 merupakan satu-satunya pusat data yang mempunyai pensijilan tahap titanium untuk kemudahan pengkomputeran karbon rendah di Asia Pasifik dan Timur Tengah,” katanya.

— BERNAMA

Tonton filem percuma dalam talian hanya di filmeseriale.me

Admin

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
Despite the uncertainties due to the COVID-19 pandemic. The marvels of technology enable us to be digitally connected

Copyright © Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.