AGENDA PERALIHAN TENAGA BARU MENERUSI PROJEK ‘BIOMASS KEPADA TENAGA’

September 2, 2021by Admin
https://www.might.org.my/wp-content/uploads/2021/09/Screenshot-2021-09-27-at-2.29.58-PM.png

CYBERJAYA – EMOG Strategic Group bersama Kumpulan Industri-Kerajaan untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) akan melibatkan diri dalam agenda peralihan tenaga baru (New Energy Transition) dengan pengembangan program ‘Biomass Kepada Tenaga’ (Biomass to Energy). Program tersebut telah di pelopori oleh EMOG bersama MiGHT dan di realisasikan melalui usahasama dengan rakan strategik yang lain.

Perjanjian hari ini dimeterai bertujuan menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) projek-projek utama yang telah dikenal pasti di pelbagai lokasi strategik di seluruh negara antaranya Sarawak Hub, bersama Wilgate Sdn Bhd di Sarawak dan Southern Hub, beserta Kulim Malaysia Berhad di Johor. Disamping itu, dua ‘Confidentiality Agreement’ bersama pemegang taruh utama iatu Kulim Malaysia Berhad dan Wilgate Sdn Bhd turut di meterai.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman, lima rakan strategik asal kumpulan tersebut yang terdiri daripada MIGHT, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) , EMOG Renewable Energy Sdn Bhd (ERESB) dan WILGATE Sdn Bhd telah  menandatangani satu Perjanjian Induk Perkhidmatan Profesional (Master Professional Services Agreement (MPSA)) pada Disember 2020.  Kumpulan ini telah disertai oleh  Kulim Plantation Malaysia Berhad dan Universiti Malaya selaku rakan strategik baru.

Datuk Dr Mohd Yusoff menegaskan bahawa perjanjian ini menandakan komitmen  pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan projek tersebut  pada peringkat kebangsaan. Usahasama ini menggunakan pedekatan  ‘Quintuple Helix’ yang menekankan kerjasama serta integrasi antara pihak kerajaan selaku perangka dasar, industri, universiti dan komuniti dalam mewujudkan persekitaraan yang kondusif.

Profesor Adjung Zulkifli Abd Rani, Pengerusi EMOG pula menyatakan penggunaan tenaga baru dari BTE dapat membantu negara untuk i) menyediakan bekalan tenaga hijau untuk masa hadapan ii) mengurangkan kadar pencemaran GHG (Green House Gases) ke udara iii) mematuhi keperluan SDG (Sustainable Development Goals) yang ditetapkan disamping iv) memberi peluang pekerjaan baru kepada para graduan universiti.

Buat pengetahuan, inisiatif ini merupakan sasaran jangka panjang penjenamaan semula program ‘Kelestarian Industri Kelapa Sawit Dalam Daya Saing Peringkat Dunia’ selaras dengan Dasar Tenaga Nasional 2040 yang baru.

Beberapa aktiviti utama telah menyumbang kepada kemajuan inisiatif ini, antaranya Bengkel Cabaran dan Isu Pelaksanaan Dasar Bahan Bakar ke-5 yang merupakan kerjasama di antara UNITEN dan EMOG pada bulan Ogos 2019. Ini disusuli pula dengan ‘Strategi Pengkajian Semula Biomass Kepada Tenaga’ yang telah diadakan pada bulan September 2020. Program-program ini telah disertai pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengusaha kelapa sawit, serta  pengeluar  biomass dan TNB selaku pengeluar tenaga dan pakar-pakar reka bentuk dan teknologi seperti ERESB, MIGHT dan UNITEN.

Agenda utama BTE adalah mewujudkan kelestarian ekosistem melalui penggunaan sumber tenaga yang lebih bersih.  Penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) berasaskan sisa sawit biomass ini berpotensi besar mengurangkan jejak karbon Malaysia dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (Green House Gas – GHG).

Tambah beliau lagi, agenda ini juga memenuhi saranan kearah matlamat pembangunan lestari Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komitmen sosial. Ia juga berpotensi besar menjana peningkatan ekonomi negara dan seterusnya membentuk modal insan melalui penciptaan peluang pekerjaan.

Admin

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
Despite the uncertainties due to the COVID-19 pandemic. The marvels of technology enable us to be digitally connected

Copyright © 2021 Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.